NUR ANIS BINTI MOHD OSMAN D20171077824 DR NUR FARAHKHANNA BINTI MOHD RUSLI
TUJUAN BLOG INI DIHASILKAN
Blog ini dihasilkan bagi memenuhi tugasan kursus BMP3093 Aplikasi Komputer Bahasa Melayu Semester 2 Sesi 2018/2019 iaitu Pembangunan Laman Sesawang Pengajaran Bahasa Melayu Berasaskan Site123 untuk Tingkatan Satu atau Dua atau Empat. Namun saya memilih Tingkatan Empat sebagai sasaran pelajar bagi Pembangunan Laman Sesawang ini. Diharapkan melalui blog yang dihasilkan ini memberi manfaat kepada semua pelajar tentang cara-cara menulis karangan fakta.
Alhamdulillah hirrabbi'alamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja pembinaan laman sesawang ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Dr. Nur Farahkhanna binti Mohd Rusli iaitu pensyarah BMP3093 Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Beliau banyak membantu saya sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlangsung. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan pembinaan laman sesawang ini. Yang baik datangnya daripada Allah S.W.T dan segala yang buruk datangnya daripada diri saya sendiri.