FORMAT PENULISAN KARANGAN FAKTA
Untuk menghasilkan karangan fakta yang baik, perkara berikut perlu diberi perhatian:
PENULISAN KARANGAN : TEKNIK DAN PROSES
https://www.slideshare.net/wanarizwan/bab-6-teknik-dan-prosedur-menulis-karangan
JENIS AYAT | PENDAHULUAN | ISI | PENUTUP |
Ayat Topik | Tema | Kehendak Soalan 1 / 2/ 3 / 4 | Merumus Kehendak Soalan |
Ayat Huraian | Huraian Tema | Huraian Kehendak Soalan | Ulasan Tema |
Ayat Contoh | Bukti Huraian Tema | Bukti Kehendak Soalan | Cadangan |
Ayat Rumus | Kehendak Soalan | Menegaskan Kehendak Soalan | Harapan |
Ayat Topik | Penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global |
Ayat Huraian | Fungsinya semakin hari semakin canggih |
Ayat Contoh | melayari internet, mendengar muzik,kamera |
Ayat Rumus | Banyak membawa kebaikan |
Ayat Topik | Memudahkan komunikasi antara manusia |
Ayat Huraian | Boleh menghubungi seseorang pada bila-bila masapun dan di mana-manapun kita berada. |
Ayat Contoh | Boleh menggunakan kemudahan ‘sms’, watsapp, telegram, viber kosnya kurang daripada telefon biasa |
Ayat Rumus | Sistem komunikasi manusia mudah dan berkesan |
Ayat Topik | Berfaedah kepada sesiapa sahaja |
Ayat Huraian | Telefon bimbit dianggap sebagai keperluan berisiko |
Ayat Contoh | Satu keperluan yang tidak boleh diabaikan |
Ayat Rumus | Bijak menggunakannya - agar tidak membawa kemudaratan |
RANGKA PENULISAN ESEI KEBAIKAN MEMBELI BARANGAN BUATAN MALAYSIA
Kebaikan Membeli Barangan Buatan Malaysia
Perenggan Pengenalan:-
Kriteria | Contoh Ayat |
Lagu Negaraku | Negaraku, Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, ......... |
Ayat Rangsangan 1 | Bait-bait lagu lagu kebangsaan Negaraku di atas menyemai bibit semangat cinta akan negara dalam kalangan warga Malaysia. |
Ayat Rangsangan 2 | Sebagai rakyat yang sayang akan negara , kita perlu memberi keutamaan kepada negara baik dari segi ekonomi, politik dan perpaduan negara. |
Ayat Rangsangan 3 | Justeru, antara kewajiban kita sebagai warga negara Malaysia adalah untuk membeli barangan buatan tempatan. |
Ayat Penegas | Terdapat beberapa kebaikan .................................................................. |
Perenggan Isi:-
Pembinaan perenggan Isi ( Pertama)
Kriteria | Contoh Ayat |
Ayat Judul | Antara kebaikan membeli barangan buatan Malaysia adalah untuk menjimatkan perbelanjaan isi rumah sesebuah keluarga |
Ayat Huraian 1 | Hal ini kerana ...........................Malaysia lebih murah berbanding barangan yang ........................................... |
Ayat Huraian 2 | Barangan import lebih ................kerana kebiasaannya barangan berkenaan dikenakan cukai oleh kerajaan berbanding barangan yang dikeluarkan....................... |
Ayat Huraian 3 | Tambahan pula, barangan buatan Malaysia tidak ada bezanya dengan barangan luar negara malah lebih .....................dan .....................oleh masyarakat. |
Ayat Contoh | Contohnya kereta buatan Malaysia seperti ...........................................dan ...............memang sudah diterima pakai kebanyakan negara luar termasuk negara maju seperti Britain. |
Frasa menarik | Kita haruslah menyahut seruan kerajaan dengan slogan “Cintailah Barangan Buatan Malaysia”. Alah membeli menang memakai. |
Ayat Penegas | Tegasnya, kita harus membeli barangan buatan Malaysia kerana tindakan membeli barangan buatan negara dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga. |
Pembinaan perenggan Isi ( Kedua )
Kriteria | Contoh Ayat |
Ayat Judul | Selain itu, membeli barangan buatan Malaysia dapat meningkatkan imej negara di .............................. |
Ayat Huraian 1 | Siapa lagi yang perlu memberi kepercayaan kepada barangan ................................sendiri jika tidak kita sebagai warga Malaysia? |
Ayat Huraian 2 | Sekaligus, masyarakat luar akan memandang tinggi masyarakat negara kita yang bangga menggunakan barangan jenama ................................ |
Ayat Huraian 3 | Syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan di Malaysia perlu menggunakan kereta buatan ...................... sebagai usaha untuk mempromosi kereta berkenaan. |
Ayat Huraian 4 | Paling membanggakan, ada pelancong yang .............................apabila memandu atau menaiki kereta sewa buatan Malaysia. |
Ayat Contoh | Antara contoh syarikat penyewa kereta terkenal di Malaysia seperti Syarikat Kereta Sewa Hawk, Syarikat Kereta Sewa Taman Maluri, Selangor, Syarikat Kereta Sri Perak di Perak dan sebagainya. |
Frasa Menarik | Sepatutnya, slogan ............................perlu diimplementasikan dalam penggunaan barangan buatan tempatan. |
Ayat Penegas | Jelasnya di sini, .................................................................................................. ................................................................................................ |
Pembinaan perenggan Isi ( Ketiga )
Kriteria | Contoh Ayat |
Ayat Judul | Budaya membeli barangan buatan tempatan juga dapat menyemai semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. |
Ayat Huraian 1 | Sebagaimana yang kita sedia maklum, industri pembuatan barangan Malaysia telah berjaya menghasilkan barangan berkualiti seperti .................................................................................................................. |
Ayat Huraian 2 | Malahan, barangan ini bukan sahaja dipasarkan di pasaran tempatan , negara jiran malah dieksport ke negara maju. |
Ayat Huraian 3 | Justeru, sebagai seorang warganegara Malaysia, kita sepatutnya bangga menggunakan barangan buatan sendiri kerana secara tidak langsung tindakan ini dapat meningkatkan imej negara di ........................... |
Ayat Contoh | Antara barangan yang boleh kita utamakan , selain membeli kenderaan adalah dengan membeli telefon bimbit keluaran negara seperti CSL. |
Frasa Menarik | Justeru kita perlu mengelakkan daripada bersikap seperti kera di hutan disusukan, anak di .......................................... |
Ayat Penegas | Tegasnya, .................................................................................................................... |
Pembinaan perenggan Isi ( Keempat )
Kriteria | Contoh Ayat |
Ayat Judul | Bahkan juga, membeli barangan buatan Malaysia dapat memajukan industri tempatan. |
Ayat Huraian 1 | Sekiranya masyarakat tempatan sendiri tidak mengambil inisiatif untuk membeli barangan Malaysia, berkemungkinan besar pengusaha industri berkenaan akan gulung tikar. |
Ayat Huraian 2 | Tambahan pula, apabila industri tempatan tidak boleh beroperasi mengeluarkan barangan mereka, sudah pasti barangan keluaran negara luar terutama negara maju akan memonopoli pasaran tempatan. |
Ayat Huraian 3 | Apabila berlakunya situasi begini, sukar untuk industri Malaysia bertapak semula seperti sediakala. Sudah terhantuk .................................. |
Ayat Contoh | Antara contoh barangan buatan luar yang menguasai pasaran tempatan seperti kereta jenama Honda, Toyota dan Mitsubishi sedangkan syarikat pengeluar tempatan seperti Proton dan Perodua mengeluarkan kereta jenama Malaysia. |
Frasa Menarik | Oleh sebab itu, masyarakat Malaysia perlu bekerjasama bagaikan aur dengan tebing untuk memajukan industri kereta buatan Malaysia agarkita boleh berdiri sama tinggi dan ..................................................... ................................................................................ |
Ayat Penegas | Konklusinya, kemajuan industri tempatan bergantung kepada sikap pengguna negara ini. Jika mereka mengutamakan barangan tempatan, sudah pasti industri tempatan akan berdaya saing seperti industri negara luar. |
Pembinaan isi perenggan penutup.
Kriteria | Contoh Ayat |
Kata Peyimpul | Intihanya, Kesimpulannya, Akhir kalam, Konklusinya, Tuntasnya, |
Ayat Cadangan | Masyarakat sebagai pengguna, pengeluar barangan, dan kerajaan perlu saling bekerjasama untuk memastikan barangan buatan Malaysia diguna pakai oleh masyarakat dalam kehidupan seharian. |
Ayat Cadangan 1 | Masyarakat sebagai pengguna perlu mengutamakan barangan keluaran tempatan sebagai barangan pilihan utama mereka semasa membuat pembelian. |
Ayat Cadangan 2 | Sementara itu, pihak pengeluar perlu sentiasa meningkatkan kualiti barangan keluaran mereka supaya mendapat kepercayaan daripada pihak pengguna. |
Ayat Cadangan 3 | Pihak kerajaan perlu mengambil tindakan drastik melalui Kementerian Pengguna membantu mempromosikan .................................................... ...................................................................... |
Ayat Harapan | Apabila semua pihak di atas bekerjasama bagaikan “aur dengan tebing “ sudah pasti barangan buatan Malaysia mampu menjadi barangan keutamaan dan kebanggaan negara. |