12 May
12May

KESALAHAN TATABAHASA DALAM KARANGAN FAKTA

Kesalahan serius yang kerap dilakukan murid semasa menulis karangan adalah seperti berikut :

1. Penggunaan kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana : 
Namun, Tetapi, Malah, Manakala
Sepatutnya : Akan tetapi, Namun begitu, (Penanda wacana) …..manakala……, ……malah…. (ditulis untuk menghubungkan dua ayat)

2. Ayat tergantung. ( Bak kata pepatah…..) ditulis pada awal ayat. 
Sepatutnya …..bak kata pepatah….(ditulis di dalam ayat)

3. Kesalahan ejaan…bah kata peribahasa….
Sepatutnya …bak kata peribahasa. ‘bah’ membawa maksud ‘banjir’.

4. memberi kasih sayang …… 
Sepatutnya memberikan kasih sayang. Umumnya, kata kerja ‘memberikan’ perlu diikuti oleh objek tidak bernyawa manakala ‘memberi’ diikuti objek bernyawa.

5. Ayat tergantung kerana tiada subjek. Ini menunjukkan….. 
Sepatutnya Hal/ Perkara ini menunjukkan……

6. Ini kerana …… 
Sepatutnya Hal ini demikian kerana…

7. Justeru itu, …digunakan sebagai penanda wacana. ‘justeru’ ialah kata hubung yang membawa maksud ‘malahan’ atau ‘bahkan’.

8. Tidak menyelitkan objek selepas kata kerja transitif. …mempunyai banyak pilihan….. ‘banyak’ bukannya objek. ‘banyak’ ialah kata bilangan tidak tentu. Objek mesti kata nama. 
Sepatutnya : ….. mempunyai pilihan yang banyak…/ banyak mempunyai pilihan

9. Kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’ digunakan sesuka hati. ‘ialah’ perlu diikuti kata nama nama. ‘adalah’ perlu diikuti kata adjektif atau kata sendi nama.

10. Kata kerja tidak menerima kata pemeri. Anda perlu tambah kata sendi nama pada kata pemeri ‘adalah’. Sebagai contoh: Langkah-langkah yang perlu diambil adalah menguatkuasakan undang-undang……sepatutnya ….adalah dengan menguatkuasakan………/ adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan… antara kata sendiri nama yang dapat digunakan ( adalah untuk/adalah dengan/adalah melalui, adalah seperti)

11. Bentuk lewah. Sebagai contoh : Antara faktor-faktor …… sepatutnya Antara faktor. Pelbagai langkah-langkah ….. sepatutnya …. Pelbagai langkah…

12. Bentuk lewah bagi pengimbuhan kata adjektif. Hanya dua imbuhan sahaja digunakan. Sebagai contoh: memperbaiki…..sepatutnya …membaiki atau memperbaik.

13. Kesalahan Hukum D-M. Sebagai contoh: …dan lain-lain lagi. Sepatutnya…. aktiviti-aktiviti lain. (berdasarkan perkara yang dibincangkan).

14. Penggunaan kata ganti nama diri ketiga ‘ia’ untuk benda atau perkara. Sebagai contoh: Salah satu langkah untuk mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar adalah dengan menjalankan kempen. Ia perlu diadakan secara besar-besaran. ‘ia’ sepatutnya digantikan dengan subjek perbincangan iaitu, kempen. Pembetulan: Kempen ini perlu diadakan ……

15. Masih terdapat murid yang masih menulis …di kalangan…..sepatutnya ‘dalam kalangan’. Kata sendi ‘di’ berfungsi untuk menyatakan arah.

16. Pada masa kini….sepatutnya Pada masa ini, atau Kini,.

17. Kesalahan penanda wacana. Sebagai contoh : Selain daripada itu/ Selain dari itu , sepatutnya … Selain itu,… Sehubungan itu sepatutnya…. Sehubungan dengan itu,…

18. oleh kerana.. sepatutnya oleh sebab…

19. Penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Sebagai contoh : …di mana, yang mana, bagaimana, siapa, apa …..sepatutnya kata-kata tersebut digantikan dengan kata-kata lain yang sesuai. Sebagai contoh : apa – (perkara/hal), bagaimana – (cara/langkah), siapa – (orang/individu).di mana (tempat) /yang mana perlu digantikan dengan kata hubung yang sesuai.Jika anda menulis ayat tanya, pastikan anda meletakkan tanda soal (?).

20. Kesalahan pengejaan kata majmuk. Ibubapa sepatutnya ibu bapa, semulajadi sepatutnya semula jadi.

21. Penggunaan kata hubung ”tambahan pula” pada pangkal perenggan. “tambahan pula” tidak digunakan untuk isi baharu.


80 Kesalahan tatabahasa yang lazim

1.      pecahan – ditulis di akhir ayat bukan di tengah

  1. dua setengah kilogram ( X  )
  2. dua kilogram setengah (√  )
  3. tiga setengah minit  ( X  )
  4. lima liter suku     (√  )
  5. tiga suku jam  ( X  )
  6. tiga jam suku (√)

2.    ayat pasif (kata ganti nama 1,2) tiada oleh , di KGN 3 ada di……………………………oleh……………

  1. Roti itu dimakan oleh saya. ( X   )
  2. Roti itu saya makan.                  (√  )
  3. Roti itu kamu makan.           (√  )
  4. Roti itu dimakan oleh mereka.( √ )
  5. Roti itu mereka makan.            ( X  )

3.     membuat  /  berbuat = abstrak/bukan benda

  1. Jangan membuat bising.  ( X   )
  2. Jangan berbuat bising.   (  √ )
  3. berbuat begitu    (  √  )
  4.  membuat begitu  (  X  )
  5.  berbuat demikian   ( √   )

4.   antara (bukan tempat)  / di  antara(tempat)

  1. Antara hobi saya ialah membaca buku.   (√  )
  2. Di antara hobi saya ialah membaca buku.   ( X    )
  3. Rumah saya terletak di antara tingkat satu dengan tingkat tiga.    (√  )
  4. Fatihah duduk di antara Julia dengan Mariam.   (√ )
  5.  Antara alat-alat tulis  yang dibeli olehnya ialah pensel, pembaris, pen dan pemadam.  (  X   )

5.    di dalam (lubang/ruang)    /   dalam (abstrak/tidak nampak)

1.     di dalam ingatannya (  X   )

2.     dalam ingatannya     ( √  )

3.     di dalam bilik        (  √ )

4.     dalam mesyuarat      (  √  )

5.      di dalam hatinya       (  X   )

6.   ialah (kata nama ,kata kerja)    /   adalah (kata sendi,kata adjektif)

1.     Ramli ialah abang saya.    (  √  )

2.     Ramli adalah abang saya.  ( X   )

3.     Mesyuarat itu  adalah dari pukul 8:00 pagi hingga 10:00 pagi. (  √   )

4.     Punca pencemaran adalah seperti pembuangan sisa toksik oleh pihak kilang.   (√   )

5.     Hobi saya adalah bermain badminton.  (  X  )

  1. _____ jangan = Harap sahaja

1.     Harap jangan merokok. (  √  )

2.     Sila jangan merokok. (  X  )

3.     Tolong jangan merokok. ( X   )

4.     Usah jangan merokok. ( X   )

5.     Jangan merokok. (  √  )

8.    meN-…-i (orang)   / meN-…-kan (benda) kecuali meN-..-ki (benda)

1.     menasihati Ali       ( √   )

2.     menasihatkan Ali    ( X   )

3.     menghidangkan tetamu (  X  )

4.     menghidangkan nasi lemak untuk tetamu (  √  )

5.     menaikkan bendera   ( X  )

6.     menganugerahi Encik Azim ( √)

7.     menganugerahkan pingat kebesaran (√)

8.     menaiki taktha (√)

9.     menaiki kereta api (√)

10.  menaikkan lori sawit (X)


9.     (orang)di-…-i(benda)    /   (benda) di-…-kan (orang)

1.     Pingat kecemerlangan dihadiahkan kepada Fatimah.  (√   )

2.     Fatimah dihadiahkan pingat kecemerlangan.  ( X   )

3.     Fatimah dihadiahi pingat kecemerlangan.  (√   )

4.     Menteri  itu dianugerahkan pingat kebesaran. ( X    )

5.     Pingat kebesaran dianugerahkan kepada menteri itu. (√   )

10. memper  (kata adjektif)      /    memper-…-kan (kata kerja)

1.     memperdalamkan lubang itu ( x   )

2.     memperdalam lubang itu (√   )

3.     mendalamkan lubang itu (  √ )

4.     memperkatakan  hal itu (  √  )

5.     memperkata hal itu  ( x   )

11. memperisterikan (mengahwinkan orang lain) memperisteri(berkahwin dengannya)

1.     Haji Isa memperisterikan seorang gadis kampung. ( X   )

2.     Haji Isa memperisteri seorang gadis kampung. (√   )

3.     Haji Isa memperisterikan anak lelakinya dengan seorang gadis kampung. (√   )

4.     Haji Isa memperisteri anak lelakinya dengan seorang gadis kampung. ( X   )

5.     Haji Isa mempersuamikan anak daranya dengan seorang pemuda kampung. (√   )

12.  meN-…-kan(orang) = buat/beli untuk orang lain

1.     Siti Nurhaliza membuatkan ayahnya secawan teh. (√   )

2.     Siti Nurhaliza membuat ayahnya secawan teh. ( X    )

3.     Kakak menjahitkan ibunya sepasang baju kurung. (  √  )

4.     Kakak menjahit ibunya sepasang baju kurung. ( X   )

5.     Kakak menjahit sepasang baju kurung untuk ibunya. (√   )

  1. kata bilangan ‘ber’ = 2X

1.     berpuluh tahun (  X   )

2.     berpuluh-puluh tahun ( √    )

3.     beribu-ribu penonton (  √   )

4.     beribu penonton ( X   )

5.     ribuan penonton ( √   )

  1. kata bilangan ‘ke’ = 2X ,tidak perlu penjodoh bilangan

1.     kedua-dua anaknya (√   )

2.     kedua anaknya ( X   )

3.     anaknya yang kedua (√   )

4.     ketiga-tiga ekor kucing itu ( X   )

5.     ketiga-tiga kucing itu  (√    )

  1. kata bilangan =  B  1

1.     semua murid-murid (  X  )

2.     semua murid  (√   )

3.     para pelajar    (√   )

4.     semua kanak-kanak (√    )

5.     ramai budak (  √   )


16. ramai (meriah/seronok)   /   banyak (bilangan/bukan suasana)

1.     Ramai pelanggan di pasar raya itu. (  √  )

2.     Banyak  pelanggan di pasar raya itu. ( X   )

3.     Ramai orang menonton konsert nasyid itu. ( √    )

4.     Orang ramai menonton  konsert nasyid itu. ( √    )

5.     Ustaz Aqil Hayy banyak peminat ( √    )

17. MeN-…-kan(TIDAK PERLU TENTANG)    /   ber (ADA TENTANG)

1.     Cikgu Norida menceritakan tentang pengalamannya. ( X)

2.     Cikgu Norida menceritakan  pengalamannya. ( √   )

3.     Cikgu Norida bercerita tentang pengalamannya. ( √   )

4.     Hambali sentiasa memikirkan masalah dirinya. (  √ )

5. Hambali sentiasa berfikir masalah dirinya. ( X    )

18.  kata bantu dalam ayat pasif = SEBELUM ORANG

1.     Wau itu akan saya buat. (  √   )

2.     Wau itu saya akan buat. ( X    )

3.     Surat itu telah saya tulis. (  √  )

4.     Surat itu saya telah tulis. ( X   )

5.     Orang gila itu  pernah kamu lihat? (  √   )

19. sebab (KATA SENDI NAMA ABSTRAK)

Kerana (KATA HUBUNG) / oleh sebab(KATA HUBUNG) / oleh kerana(SALAH)

1.     Jalil tidak datang ke sekolah sebab demam. ( X    )

2.     Jalil tidak datang ke sekolah kerana  demam. (  √   )

3.     Jalil tidak datang ke sekolah oleh sebab demam. ( √    )

4.     Jalil tidak datang ke sekolah oleh kerana demam. ( X    )

5.     0leh sebab demam Jalil tidak datang ke sekolah.  (  √   )

20.  ia SINKOPE bagi dia (Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua) hanya untuk MANUSIA

1.     Saya ada seekor kucing. Ia bernama Si Comel. (  X  )

2.     Saya ada seekor kucing yang bernama Si Comel. ( √ )

3.     Kamus itu sangat mahal. Ia berharga RM60.00. ( X  )

4.     Bersikap rajin amat penting kerana ia menjamin kejayaan. ( X )

5.     Kereta Savvy buatan Malaysia.Ianya sangat murah.( X  )

21. ayat pasif = 7 jenis; 1.di..oleh, 2. di, 3.  kena..oleh, 4. kena.., 5. ter…oleh, 6. ke….an, 7. tiada di oleh(KGN 1,2)

1.     Kuih itu dimakan oleh bapa. (  √   )

2.     Kuih itu dimakan bapa. (  √   )

3.     Kuih itu dimakan oleh bapa. (  √   )

4.     Kuih itu termakan oleh bapa. (    √ )

5.     Kuih itu termakan  bapa. ( x    )

6.     Kuih itu kena makan oleh bapa. (  √   )

7.     Kuih itu kena makan  bapa. (  √   )

8.     Pencuri itu tertangkap polis. ( x   )

9.     Pencuri itu kena tangkap polis. ( √   )

10. Dia basah kuyup kerana kehujanan. ( √   )

11. Saya tertarik dengan keindahan tasik itu. ( x   )

12. Saya tertarik oleh keindahan tasik itu. ( √   )

22. angka-huruf = ada –(dalam penulisan angka 1 hingga 10 elok ditulis dengan perkataan. Angka 11 dan seterusnya ditulis dalam bentuk nombor)

1.     1950an ( X   )

2.     1950-an ( √   )

3.     1950 – an ( X    )

4.     lima puluhan (  √  )

5.     lima puluh an ( X   )

23. lain = di akhir ayat,1x

1.     masalah-masalah lain ( √   )

2.     lain-lain masalah ( x    )

3.     perkara-perkara lain ( √   )

4.     lain-lain perkara (  x  )

5.     hal-hal lain ( x   )

24. akan = tiada imbuhan

1.     menyayangi akan anaknya ( x   )

2.     sayang akan anaknya (  √  )

3.     sayang  anaknya ( x   )

4.     merindui ibunya (  √  )

5.     rindu akan anaknya (  √   )

25. saling = 1x,tidak perlu ganda

1.     Daud dan Arif saling kejar-mengejar (  x     )

2.     Daud dan Arif saling mengejar (  √   )

3.     Daud dan Arif kejar-mengejar (  √   )

4.     Perompak dan anggota polis itu saling menembak. (  √   )

5.     Perompak dan anggota polis itu tembak-menembak. (  √   )

26.  kata ganda bagi imbuhan pinjaman=2x

1.     juru-juruterbang (  x   )

2.     juruterbang-juruterbang ( √   )

3.     olahragawan-olahragawan ( √    )

4.     olah-olahragawan ( x    )

5.     seniman-seniman (  √   )

27.  kata ganda bagi kata nama = 2x kata pertama

1.     guru-guru besar (  √  )=banyak guru besar

2.     guru besar-guru besar ( x   )

3.     guru besar-besar (  √   )=banyak guru yang besar

4.     alat-alat tulis ( x    )

5.     alat tulis-alat tulis (  √  )

28. kata penguat bebas=sas

1.     sangat cantik (  √   )

2.     cantik sangat (  √   )

3.     amat kejam     (  √   )

4.     kejam amat     (  √   )

5.     bijak sungguh (   √  )

29.  sekali = tidak perlu ter dan paling

1. KLCC tertinggi sekali. (  √   )

2. KLCC tertinggi. ( √    )

3. KLCC tinggi sekali. (  √    )

4. KLCC paling tinggi sekali . ( x   )

5. KLCC tinggi sekali. (  √  )

30. ku/ kau = 1 perkataan   ,kau tidak boleh di akhir, tidak boleh ada  kah,tiada imbuhan

1.     Buku itu telah kuambil. (  √  )

2.     Buku itu telah kumengambil. ( x   )

3.     Ke mana  kaupergi tadi? (√   )

4.     Itu adikkau? ( X    )

5.     Kausakitkah?(X)

31. kah = kata tanya awal ayat mesti ada,di akhir ayat tidak perlu, di tengah boleh

1.     Siapakah nama saudari? (√   )

2.     Siapa nama saudari? ( x   )

3.     Nama saudari siapa? (√   )

4.     Nama saudari siapakah? ( x   )

5.     Yang manakah basikal kamu ? (  √  )

6.     Cikgu Ali sudah datangkah? (  x    )

7.     Cikgu Ali sudah datang ? (   √  )

8.     Sudah datangkah Cikgu Ali? (  √   )

32. baharu =benda  /  baru=masa=PMR/SPM sama

1.     Abu Bakar memakai baju baharu. (  √  )

2.     Abu Bakar memakai baju baru. ( x    )

3.     Dia baru sampai pagi tadi. (  √  )

4.     Pengantin baru itu baru sampai dengan kereta baru. ( x   )

5.     Baru-baru ini, terdapat kes ragut di kampung saya.  (  √  )

33. apa?    /  apa-apa   / mana?   / mana-mana / bila-bila / siapa-siapa

1.     Saya tidak tahu apa yang berlaku. ( x   )

2.     Saya tidak tahu apa-apa yang berlaku. (  √  )

3.     Kami tidak ke mana-mana semalam. (  √   )

4.     Kami tidak ke mana semalam. ( x    )

5.     Datanglah ke rumah saya bila ada masa. (  x   )

34. ber-…-kan=kata sendi tidak perlu   /  ber

1.     Orang tua itu tidur bertilamkan surat khabar lama. (  √  )

2.     Orang tua itu tidur bertilam surat khabar lama. ( x   )

3.     Orang tua itu tidur bertilamkan dengan surat khabar lama. ( x   )

4.     Ahli pengakap itu mencari jalan berpandukan peta. (  √   )

5.     Ayah tidur berbantalkan dengan lengan. ( x    )

35. belaka = B 1

1.     Baju itu murah-murah belaka.

2.     Baju-baju itu cantik-cantik belaka. ( x   )

3.     Mereka bijak-bijak belaka. ( x   )

4.     Mereka bijak belaka. (  √  )

5.     Mereka-mereka  bijak-bijak belaka. ( x   )

36. daripada….kepada=perbezaan  / dari…..ke=masa,jarak,tempat

1.     Markah Bahasa Melayunya telah meningkat dari 80% ke 90%. (x)

2.     Markah Bahasa Melayunya telah meningkat daripada 80% kepada 90%.

3.     Harga minyak petrol telah naik daripada RM1.00 kepada RM1.10 seliter. ( √)

4.     Harga minyak petrol telah naik dari RM1.00 kepada RM1.10 seliter. ( x   )

5.     Jarak dari Tapah ke Slim River ialah 50km. (  √   )

37. boleh=keizinan  /  dapat=memperoleh,guna tenaga

1.     Kamu boleh balik setelah menyiapkan kerja itu. (√  )

2.     Selepas kakinya sembuh,dia boleh menunggang basikal. ( x   )

3.     Dia boleh menjawab soalan itu dengan tepat. ( x    )

4.     Dia dapat menjawab soalan itu dengan tepat. (  √   )

5.     Apabila membaca surat khabar, kita boleh mengetahui pelbagai berita terkini. ( x   )

38. kata bantu= boleh bersama

1.     Saya belum pernah makan durian. (  √  )

2.     Adik Lilyana masih belum bersekolah. (  √  )

3.     Karim Pin masih sedang menulis surat.(  √  )

4.     Yatimah sudah pernah melawat Jepun. (  √  )

5.     Puan Wong sedang hendak ke pasar. (  √  )

39. sekalian = B 1

1.     Para hadirin sekalian, ( x    )

2.     Hadirin sekalian, (  √   )

3.     Hadirin yang dihormati, (  √  )

4.     Hadirin yang dihormati sekalian,  ( √   )

5.     Tuan-tuan dan puan-puan, (  √  )

40. hanya   / sahaja= tidak boleh bersama

1.     Lamin akan berada di Ipoh hanya seminggu sahaja. ( x   )

2.     Lamin akan berada di Ipoh hanya seminggu. (  √  )

3.     Lamin akan berada di Ipoh seminggu sahaja. (  √  )

4.     Hanya Shi Mei Ling yang lulus ujian itu. (  √  )

5.     Shi Mei Ling sahaja yang lulus ujian itu. (  √  )

41.   Hukum D-M (Diterangkan – Menerangkan)

1.     alat penghawa dingin ( x   )

2.     alat hawa dingin ( x    )

3.     pendingin hawa (   √   ) = hawa yang panas perlu didinginkan

4.     penghawa dingin (  x  )

5.     penyaman udara (  √  )

42.  isme bukan isma

1.     nasionalisma ( x    )

2.     nasionalisme (  √   )

3.     plasma (  √  )

4.     plasme (  x  )

5.     patriotisme (  √  )

6.     vandalisma (  x )

43.          kami sekeluarga / kami semua / kita semua= tidak perlu ulang B

1.     Saya dan keluarga akan berkelah di Teluk Batik. (√    )

Kami sekeluarga akan pergi esok. ( x    )

2.     Saya dan keluarga akan berkelah di Teluk Batik. (  √   )

Kami  akan pergi esok. (  √   )

3.     Kami semua akan  berkelah di Teluk Batik. ( x    )

4.     Kami  akan  berkelah di Teluk Batik. ( √   )

5.     Kita semua haruslah bekerjasama. ( x   )

44. di = sudah tiba,sedia ada   /   ke belum tiba

1.     Mereka sudah sampai di Tapah. (  √   )

2. Mereka sudah sampai ke Tapah. ( x    )

3. Apabila mereka tiba di tepi pantai, mereka pun membina khemah. ( √   )

4. Apabila mereka tiba ke tepi pantai, mereka pun membina khemah. (  x   )

5. Kami akan pergi ke sana sebentar lagi. (  √    )

45. 1.     menengok televisyen (  √ )

2.     menonton televisyen  (  √ )

3.     memotong getah         (  x   ) = lisan boleh

4.     menoreh getah            ( √  )

5.     menggantung baju di ampaian ( x   )= menyidai

46.  manakala = 2,3.. orang    /   sementara=1 orang

1.     Ibu menanak nasi sementara kakak saya menyiang ikan.(x)

2.     Ibu menanak nasi manakala kakak saya menyiang ikan.

3.     Azmi membaca buku sementara menunggu bapanya pulang. (  √  )

4.     Sementara menunggu bapanya pulang, Azmi membaca buku.( √ )

5.     Danny menyapu sampah manakala Halim mencuci tandas. ( √  )

47. atas=bukan tempat    /   di atas= tempat

1.     Terima kasih atas pertolongan saudara. (    )

2.     Terima kasih di atas pertolongan saudara. ( x   )

3.     Tahniah di atas kejayaan kamu. ( x   )

4.     Buku kamu ada di atas meja itu. (    )

5.     Burung berterbangan di atas awan. ( x   )

48. kata tanya dalam ayat penyata = tidak boleh

1.     Saya tidak tahu siapa namanya. ( x   )

2.     Saya tidak tahu namanya. (  √  )

3.     Polis akan menangkap siapa yang mencuri. (  x   )

4.     Saya tidak tahu di mana Cikgu Shaari tinggal.(  x    )

5.     Saya tidak tahu tempat tinggal  Cikgu Shaari. (  √  )

49. tidak=kata kerja,kata adjektif   /  bukan=kata nama,

1.     Dia bukan abang saya. (  √  )

2.     Komputer ini bukan berat.(  x   )

3.     Soalan ini bukan susah. (  x   )

4.     Soalan ini tidak susah. (  √   )

5.     Gillian tidak suka bermain bola sepak. (  √  )

50. mempunyai= untuk orang, haiwan   /   terdapat   /  ada

1.     Sekolah saya mempunyai  sebuah padang. (  x   )

2.     Sekolah saya terdapat  sebuah padang. (  √   )

3.     Sekolah saya ada  sebuah padang. (  √   )

4.     Semua serangga  mempunyai  enam kaki. (  √  )

5.     Saya mempunyai empat orang anak. (  √  )

51. untuk  = diperuntukkan sesuatu bagi = mendapat sesuatu,pendapat,boleh tukar ganti dengan ‘untuk’ (kaji ayatnya)

1.     Itulah satu pengalaman indah untuk diri saya. (  x  )

2.     Itulah satu pengalaman indah bagi diri saya. (  √    )

3.     Bagi diri saya itulah satu pengalaman indah. (  √  )

4.     Pasukan tentera berjuang demi untuk negara. (  x  )

5.     Asrama itu adalah bagi pelajar-pelajar tingkatan 1.(  √   )

52. kata-kata singkat (untuk dialog dalam karangan cerita dan karangan lain seumpamanya)

1.     tak mau                  =_____tidak mahu_______

2.     tak tau                   =_____tidak tahu___

4.     mak saya               =____emak saya____

5.     tuk saya  =____datuk saya________

6.     dah tau                   =____sudah tahu________

7.     kak saya =____kakak saya________

8.     tak nak                   =____tidak hendak______

53. adakah= ya,tidak    /  apakah=benda, perkara, haiwan

1. Adakah kamu sakit? (  √ )

2. Apakah kamu sakit? (  X   )

3. Apakah nama haiwan itu? (  √   )

4. Adakah yang ada di dalam kotak itu? (  X   )

5. Apakah yang terjadi?  (  √  )

54. dan sebagainya =sama jenis  /   dan lain-lain lagi= berlainan jenis

1.     Nelayan itu mendapat banyak ikan seperti ikan pari, ikan parang dan sebagainya. (  √   )

2.     Nelayan itu mendapat banyak ikan seperti ikan pari, ikan parang dan lain-lain lagi. (   x  )

3.     Kamus, buku rujukan, buku cerita dan lain-lain lagi da di dalam perpustakaan itu. ( x   )

4.     Kamus, buku rujukan, buku cerita dan sebagainya ada di dalam perpustakaan itu. (  √   )

5.     Buah-buahan tidak bermusim adalah seperti nanas,ciku, pisang dan lain-lain lagi.(  x )

55. raya = 2 perkataan kecuali dijadikan nama khas

1.     pasar raya (√   )

2.     pasaraya    ( x  )

3.     bandar raya (  √  )

4.     Bandaraya Kuala Lumpur ( √   )

5.     Bandar Raya Kuala Lumpur ( x  )

6.     Bandaraya Ipoh (  √  )

7.     pilihan raya (  √ )

8.     jalan raya (  √  )

9.     hari raya (  √  )

10. lebuhraya ( x   )

  1. goreng = nak makan/goreng apa?

1.     Saya suka goreng pisang. (  x    )

2.     Saya suka  pisang goreng. (  √   )

3.     Tolong goreng pisang itu. (  √   )

4.     Goreng pisang itu digoreng oleh ibu saya. ( x    )

5.     Saya suka menggoreng pisang. (  √   )

  1. kepada  /   ke = tidak perlu selepas kata kerja kecuali melaporkan, melancong, melawat (tempat)

1.     memberitahu kepada Cikgu Siti (  x   )

2.     memberitahu Cikgu Siti (  √  )

3.     melawat ke Kuala Lumpur (  x   )

4.     melawat ke datuknya (  x   )

5.     melaporkan kepada pihak polis (  √   )

6.     kami melawat nenek di kampung (  √   )

7.     ke hospital untuk melawat kawan (  √   )

  1. ter = ada sangat atau Kata Penguat, salah diletakkan pada Kata Adjektif.

1.     Dia tersangat nakal. (  √   )

2.     Dia sangat ternakal. (  x   )

3.     Baju itu amat termahal. (  x   )

4.     Baju itu amat mahal. (  √  )

5.     Baju itu termahal. (  √   )

59. ke……ke  /  untuk…..untuk….. / di……di = Mesti dua kali

1.     Saya tidak tahu  sama ada dia ke Ipoh atau ke Johor. (  √   )

2.     Saya tidak tahu  sama ada dia ke Ipoh atau  Johor. (  x  )

3.     Hadiah ini adalah untuk ibu bukan ayah. (  x   )

4.     Hadiah ini adalah untuk ibu bukan untuk ayah. (  √    )

5.     Kami tidak pasti sama ada kakak kamu ada di kantin atau perpustakaan. ( x   )

60. se……  /  se…..se = Mesti se… dua kali , 0…0

1.     dari masa ke semasa (  x    )

2.     dari semasa ke semasa ( √  )

3.     dari masa ke masa (  √    )

4.     dari hari ke hari  (  √   )

5.     dari hari ke sehari (  x  )

61. setengah  = ½    / sesetengah = jumlah, sebilangan

1.     Setengah orang tidak suka akan durian. (   x  )

2.     Sesetengah orang tidak suka akan durian. (  √    )

3.     Setengah-setengah  orang tidak suka akan durian. (  √  )

4.     Setengah-tengah orang tidak suka akan durian. (  x   )

5.     Setengah daripada sebuku roti itu dimakan Arif. (  √  )

62.          beberapa  = jumlah  /  berapa = soalan

1.     Beberapa orang pelajar telah menyertai kursus itu. (  √   )

2.     Beberapa  pelajar telah menyertai kursus itu. (  x  )

3.     Berapa orang pelajar telah menyertai kursus itu. ( x   )

4.     Berapa orang pelajarkah telah menyertai kursus itu? (  √   )

5.     eberapa hari yang lalu, saya tidak sihat. (  √   )

63.    = hendak makan apa? naik apa? ke mana?

1.     bas mini (  √  )

2.     mini bas (  x  )

3.     sos cili   (  √  )

4.     cili sos   (  x  )

5.     Aminah Kedai Jahit (  x   )

64.   telur apa ? ayam apa ? daging apa?

1.     ayam telur (  √   )

2.     telur ayam (  √   )

3.     ayam daging (  √  )

4.     daging ayam (  √   )

5.     kuning telur (√ )

65.   1.    Bahasa Melayu (  √  ) = nama khas bagi mata pelajaran

2.     bahasa Melayu (   √  ) = nama am bagi  bahasa

3.     berbahasa Melayu (  √    )

4.     berBahasa Melayu (   x  )

5      fasih Bahasa Inggeris  ( x )

66.   benda  + orang

1.     bapa kereta (  x  )

2.     kereta bapa  (  √   )

3.     saya punya wang (  x    )

4.     wang saya (  √    )

67. kata ganda separa + ber…an =  B 1, 1 B

1.     dedaun berguguran (  x   )

2.     daun berguguran (  √  )

3.     lelayang bergantungan (  √   )

4.     layang-layang bergantungan (  √   )

5.     kekacang bertaburan (  x   )

68.  selain = tidak perlu daripada,dari

1.     Selain daripada mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. (  x   )

2.     Selain dari mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. (  x   )

3.     Selain mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. (  √   )

4.     Kita mestilah rajin.Selain itu,kita haruslah berani.  (  √   )

5.     Kita mestilah rajin.Selain dari itu,kita haruslah berani ( x  )

69.   (0rang) menghiaskan  /(Benda) menghiasi  /(benda) mengotori (orang)mengotorkan

1.     Mereka sedang menghiaskan pentas  itu. (  √   )

2.     Mereka sedang menghiasi pentas  itu. (  x   )

3.     Pelbagai bunga menghiaskan pentas itu. (  x   )

4.    Pelbagai bunga menghiasi pentas  itu. (  √   )

5.    Adik mengotori lantai itu. (  x    )

70. penjodoh bilangan

1.    seketul pemadam (   √  )

2.    seutas tali leher( x  )

3.    sebuah jam dinding             (  √  )

4.    sepuluh butir telur ayam (   √  )

5.    lima buah rumah-rumah  ( x  )

71. saja (sahaja), juga , lagi = di akhir

1.     Rumah saya rumah batu juga.(  √  )

2.     Rumah saya juga rumah batu.(  x   )

3.     Gadis itu tersenyum saja. (  √   )

4.     Gadis itu saja tersenyum. (   x  )

5.     Haji Ali ke Makkah lagi.(  √   )

72. kata penguat(tidak perlu)  +  kata ganda berirama

1.     Rambut Afiqah sangat kusut-masai. ( x    )

2.     Rambut Afiqah kusut-masai. (   √  )

3.     Suasana di pasar malam itu sungguh riuh-rendah. (  x    )

4.     Suasana di pasar malam itu riuh-rendah. (  √   )

5.     Jalan raya ke Cameron Highlands bengkang-bengkok. ( √ )

73. berkali-kali / berulang kali = B  1 , 1  B

1.     Danny menggeleng-geleng kepalanya berkali-kali kerana tidak bersetuju.( x )

2.     Danny menggeleng-geleng kepalanya kerana tidak bersetuju (  √   )

3.     Danny menggeleng kepalanya berkali-kali kerana tidak bersetuju (  √   )

4.     Ramli mengangguk-angguk berulang kali. (  x   )

5.     Ramli mengangguk berulang kali. (  √   )

74.  dia (betul)    /    dai (salah)

1.     diari (√    )

2.     dairi (  x   )

3.     dailek (  x   )

4.     dialek(  √   )

5.     dialog(  √   )

75.  di  = tempat   /  pada = benda

1.     Ada setompok darah di bajunya. (   x    )

2.      Ada setompok darah pada bajunya. (  √    )

3.     Doktor membalut luka pada kakinya. (  √  )

4.     Doktor membalut luka di  kakinya. (  x   )

5.     Jangan bersandar di dinding itu. (  x   )

75.          ayat songsang

1.     pendepanan frasa kerja transitif,

2.     pendepanan frasa kerja tak transitif

3.     pendepanan frasa adjektif

4.     pendepanan frasa sendi/kata hubung

1.     Sedang membaca buku murid itu. (  √  )

2.     Tertidur Mawi di situ. (   √  )

3.     Sungguh besar sekolah itu.(   √    )

4.     Ke Makkah lagi Haji Ali. (  √   )

5.      Ke Ipoh Cikgu Haslina pagi tadi. (   √  )

76.  (pesakit)menjalani  /  (doktor)menjalankan

1.     Doktor Tan sedang menjalankan pembedahan itu.( √  )

2.     Doktor Tan sedang menjalani pembedahan itu. ( x )

77. dia = rakan; walaupun sebagai ketua kelas  /   beliau = ada pangkat,jawatan

(tidak semestinya terkenal sahaja)

1.      Ketua Kelas 6 Merah ialah Ali. Dia baik hati. (  √   )

2.     Ketua Kelas 6 Merah ialah Ali. Beliau baik hati.  (  x    )

3.     Amalina pelajar terbaik SPM. Dia memang rajin. (  x   )

4.     Amalina pelajar terbaik SPM. Beliau memang rajin. (  √  )

5.     Amalina pelajar terbaik SPM. Ia memang rajin. (  √   )

78.  Guru Besar  = nama khas jawatan

guru besar = kata majmuk/umum/am

1.     Bapa saya  guru besar.( √    )

2.     Bapa saya  Guru Besar di SK. Gunung Rapat.  (  √   )

3.     Semua guru besar sedang bermesyuarat. (  √   )

4.     Semua guru penolong kanan sedang bermesyuarat. (  √    )

5.     Guru Penolong Kanan sekolah saya baik hati. (  √   )

79.  kata bilangan   + penjodoh bilangan tidak perlu kecuali ‘beberapa’)

1.     sebahagian orang murid(  x   )

2.     sebahagian murid (  √   )

3.     segala ekor binatang (  x    )

4.     segala binatang  (  √   )

5.     setiap orang rakyat (   x    )

80. agar   /   supaya  /  jika  / sekiranya = 1x

1.     Saya berdoa agar supaya Fatin berjaya.(  x   )

2.     Saya berdoa  supaya Fatin berjaya. (  √   )

3.     Saya berdoa agar Fatin berjaya. (  √   )

4.      Jika sekiranya saya terlupa,tolong hubungi saya.(  x   )

5.     Jika  saya terlupa, tolong hubungi saya (  √   )


BAHAN SEMENTARA TATABAHASA UNTUK MENGELAKKAN PELAJAR MELAKUKAN KESALAHAN SEMASA MENGARANG.

Bentuk Kesalahan

Salah

Betul

1. Kesalahan ejaan

Mengalakkan

Menggalakkan

Menyakinkan

Meyakinkan

Mengkagumkan

Mengagumkan

Mengenegahkan

Mengetengahkan

Mengenepikan

Mengetepikan

Makhamah

Mahkamah

Kebaikkan

Kebaikan

Kebanyakkan

Kebanyakan

Kenaikkan

Kenaikan

Was-was

waswas

Di tubuhkan

Ditubuhkan

Disana

Di sana

Aturcara

Atur cara

Khenduri

Kenduri

Ko-kurikulum

Kokurikulum

Kadang kala

Kadangkala

Barang kali

Barangkali

Beristirehat

Beristirahat

Rumahtangga

Rumah tangga

Resepi

Resipi

Tanggung jawab

Tanggungjawab

2. Kesalahan penggunaan kata ialah dan adalah

a. Cara belajar yang bijakialah dengan membina jadual.

b. Impian saya adalah ingin menjadi pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.

a. Cara belajar yang bijakadalah dengan membina jadual.

b. Impian saya ialah ingin menjadi pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.

3. Kesalahan penggunaan kata ia

Tempat ini menjadi pilihan saya kerana ia memiliki keistimewaan yang tersendiri.

a. Tempat ini menjadi pilihan saya kerana tanah tinggi ini memiliki keistimewaan yang tersendiri.

b. Tempat ini menjadi pilihan saya keranakawasan ini memiliki keistimewaan yang tersendiri.

c. Tempat ini menjadi pilihan saya kerana tempat ini memiliki keistimewaan yang tersendiri.

4. Kesalahan penggunaan kata hubung

Salah satu faktor yang menjadikan negara kita tumpuan pelancong asing ialah kerana negara kita memiliki tempat-tempat pelancongan yang menarik.

Salah satu faktor yang menjadikan negara kita tumpuan pelancong asing ialah negara kita memiliki tempat-tempat pelancongan yang menarik.

5. Kesalahan penggunaan penanda wacana

Hal ini kerana

Hal ini demikian kerana

Justeru itu

Oleh itu

Oleh kerana itu

Oleh sebab itu/oleh itu

Sehubungan itu

Sehubungan dengan itu

Selain daripada itu

Selain itu

Selain dari itu

Selain itu

6. Kesalahan frasa nama

Mini bas

Bas mini

Goreng pisang

Pisang goreng

Tempat meletak kereta

Tempat letak kereta

Seni mempertahankan diri

Seni pertahanan diri

Pusat membeli-belah

Pusat beli-belah

Tapak membuang sampah

Tapak pembuangan sampah

7. Kesalahan frasa kerja

Saya perlu melibatkan dalam aktiviti-aktiviti yang mencabar.

Saya perlu melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang mencabar.

Ibu bapa dapat mengikat kembali ikatan kekeluargaan agar anak-anak tidak berasa tersisih.

Ibu bapa dapat mengikat ikatan kekeluargaan kembali agar anak-anak tidak berasa tersisih.

Gejala buli menambahkan lagi masalah sedia ada yang sedang dihadapi negara.

Gejala bumimenambahkan masalah sedia ada lagi yang sedang dihadapi negara.

Badan Pencegah Rasuahmenerima banyak aduan tentang amalan rasuah yang melibatkan kakitangan awam.

a. Badan Pencegah Rasuah banyak menerima aduan tentang amalan rasuah yang melibatkan kakitangan awam.

b. Badan Pencegah Rasuah menerima aduan yang banyak tentang amalan rasuah yang melibatkan kakitangan awam.

Pihak persatuanmerakamkan setinggi-tinggi penghargaankepada Pengetua kerana sudi merasmikan majlis ini.

Pihak persatuanmerakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada Pengetua kerana sudi merasmikan majlis ini.

8. Kesalahan frasa adjektif

Tempat itu merupakan tempat yang terindah sekali di negara kita.

a. Tempat itu merupakantempat yang terindah di negara kita.

b. Tempat itu merupakantempat yang indah sekali di negara kita.

9. Kesalahan frasa jamak

Antara maklumat-maklumat...

Antara maklumat...

Himpunan kata-kata...

Himpunan kata...

Longgokan kayu-kayu...

Longgokan kayu...

Deretan rumah-rumah...

Deretan rumah...

Kebanyakan barang-barang...

Kebanyakan barang...


Pelbagai kuih-muih...

Pelbagai kuih...

10. Kesalahan penggunaan penjodoh bilangan

Sebuah keluarga

Satu keluarga

Sebuah mimpi

Suatu mimpi

11. Kesalahan kata kerja berapitan diper-...i

Diperolehi

Diperbaiki

Diperkuasai

Diperdalami

Diperakui

Dipersetujui

diperhalusi

Diperoleh

Dibaiki

Dikuasai

Didalami

Diakui atau diperakukan

Disetujui

dihalusi

12. Kesalahan kata kerja berapitan beR-...-an

(jumlah subjek yang banyak)

Lampu-lampu merah bergantungan di dinding.

Bintang-bintangbertaburan di langit.

Daun-daun kering berguguran di halaman rumah.

Lampu merah bergantungan di dinding.

Bintang bertaburan di langit.

Daun kering berguguran di halaman rumah.

13. Kesalahan penggunaan kata kerja berapitan memper-...-i

Memperolehi

Memperbaiki

Memperkuasai

Memperdalami

Memperakui

Mempersetujui

memperhalusi

Memperoleh

Membaiki

Menguasai

Mendalami

Mengakui

Menyetujui

menghalusi

14. Kesalahan bahasa kerana meninggalkan imbuhan

Ibu bapa lebihpentingkan kerjaya...

Ibu bapa lebihmementingkan kerjaya...

Pelajar yang keraptimbulkan masalah di sekolah...

Pelajar yang kerapmenimbulkan masalah di sekolah...

15. Kesalahan penggunaan kata sendi nama

Bersempena dengan kempen ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk melancong dalamnegeri sendiri.

Bersempena dengan kempen ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk melancong di dalam negeri sendiri.

Sebab itulah Genting Highlands juga digelar "Taman Tema Sekeluarga".

Oleh sebab itulah Genting Highlands juga digelar "Taman Tema Sekeluarga".

16. Kesalahan penggunaan ungkapan yang mana dan di mana sebagai kata hubung

Saya telah membaca berita di mana kejayaan anda disiarkan.

Saya telah membaca berita yang menyiarkan kejayaan anda.

Kejayaan anda itu yang mana saya akan jadikan pendorong untuk menulis cerpen-cerpen yang lain.

Kejayaan anda itu akan saya jadikan pendorong untuk menulis cerpen-cerpen yang lain.

17. Kesalahan kerana menggunakan ungkapan ini kerana pada permulaan ayat

Ini kerana masalah itu belum dapat diselesaikan lagi.

Hal inidikatakan demikian kerana masalah itu belum dapat diselesaikan lagi.

18. Kesalahan penggunaan ayat pasif

Rencana-rencana itu saya akan bukukan.

Kisah itu anda telah riwayatkan dengan jelas.

Rumah itu sedang mereka dirikan bersama-sama.

Rencana-rencana itu akan saya bukukan.

Kisah itu telah anda riwayatkan dengan jelas.

Rumah itu sedang didirikan oleh merekabersama-sama.

Kesimpulannya, selain isi mantap yang terdiri daripada ayat judul, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas, sesebuah wacana penulisan yang bermutu dan cemerlang perlu mengandungi ciri-ciri pengolahan bahasa yang menarik dan berkesan dengan memasukkan unsur-unsur keindahan, kepelbagaian struktur ayat, slogan, peribahasa, dan sebagainya. Wacana penulisan juga perlu memperlihatkan penggunaan bahasa yang baik dan lancar, kosa kata yang luas serta tanda baca yang betul, yakni bebas daripada aspek kesalahan bahasa dalam perenggan yang seimbang dan bersepadu.

Sumber :

Chai Loon Guan, GC BM dan Munsyi Dewan (Bahasa), SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.



Sebagai rujukan ejaan dan kesalahan, saya paparkan kesalahan ejaan yang boleh berlaku kepada pelajar semasa mengarang:-

SALAH
BETUL

SALAH
BETUL

auto matif

audien

agreget

arithmetik

agen (wakil)

ampangan

aked

akitek

analisa

atlit

atnik

anggrik

baucer

bistari

bowling

buffet

bumiputra

buroh

calun

cocok (tusuk)

cucuk (sesuai)

catit

cendiawan

cop

dasyhat

dailog

definasi

deligasi

deraf

durhaka

efisyen

ekur

ehsan

engzos

ekslusif

ekspot

ekspress

emel

engkar

fadhilat

fax

faksimili

Febuari

gembeling / gembeleng

automotif

audiens

agregat

aritmetik

ejen (wakil)

empangan

arked

arkitek

analisis

atlet

etnik

anggerik

baucar

bestari

boling

bufet

bumiputera

buruh

calon

cucuk (tusuk)

cocok (sesuai)

catat

cendekiawan

cap (cetak)

dahsyat

dialog

definisi

delegasi

draf

derhaka

efisien

ekor

ihsan

ekzos

eksklusif

eksport

ekspres

e-mel

ingkar

fadilat

faks

faksimile

Februari

gembleng

geraf

geharu

hajjah

hurmat

ide

idap

iktizam

impot

injin

inspekter

insuran

Insyaallah / Insya Allah

istihar

istirehat

isya

justru

jeket

kampong

kapitalisma

katun

kefeteria

komidi

komisyen

kondaktor

konsotium

kontrek

korum

kaptain

karenah (ragam)

kelender

keredhaan

kerinting

kianat

ko-kurikulum

kolestrol

komersil

komplek

kontingen

lagenda

lakun

lapuran

lebel

lencungan

leukimia

graf

gaharu

hajah

hormat

idea

hidap

iltizam

import

enjin

inspektor

insurans

insya- Allah

isytihar

istirahat

isyak

justeru

jaket

kampung

kapitalisme

kartun

kafeteria

komedi

komisen

konduktor

konsortium

kontrak

kuorum

kapten

kerenah

kalendar

keredaan

keriting

khianat

kokurikulum

kolesterol

komersial

kompleks

kontinjen

legenda

lakon

laporan

label

lencongan

leukemia

lojik

losyen

letrik

lojistik

maksima

manafaat

masaalah

mee

mekanisma

mencatit

mengenengahkan

megenepikan

mengujudkan

mengwujudkan

mentera

merbahaya

minima

munshi

nasionalisma

odit

oditorium

optima

organisme

otomatik

otomobil

pamir

paspot

patriotisma

pehak

pelancung

pemerosesan

pemilekan

pengembala

pengemblengan

pensil

perabut

perihatin

perlaburan

perlancaran

perletakan

pertunjukkan

pesaraan

pesiaran

plan

profession

prosidur

logik

losen

elektrik

logistik

maksimum

manfaat

masalah

mi

mekanisme

mencatat

mengetengahkan

megetepikan

mewujudkan

mewujudkan

mantera

berbahaya

minimum

munsyi

nasionalisme

audit

auditorium

optimum

organisma

automatik

automobil

pamer

pasport

patriotisme

pihak

pelancong

pemprosesan

pemilikan

penggembala

penggemblengan

pensel

perabot

prihatin

pelaburan

pelancaran

peletakan

pertunjukan

persaraan

persiaran

pelan

profesion

prosedur

protin

pekej

pesonal (kakitangan)

petrolium

platfom

profail

profesyenal

sekala

sekelian

sekim

sessi

setor

siksa

silaturrahim

snooker

stesyen

stokin

sunnah

sabsidi

sanwic

selinder

skima

spesis

stem

talipon

taugeh (sayuran)

trampil

tulin

ugama

usek

warong

vokasyenal

yunit

protein

pakej

personel

petroleum

platform

profil

profesional

skala

sekalian

skim

sesi

stor

seksa

silaturahim

snuker

stesen

stoking

sunah

subsidi

sandwic

silinder

skema

spesies

setem

telefon

tauge

terampil

tulen

agama

usik

warung

vokasional

unit

KESILAPAN EJAAN (KATA MAJMUK)

SALAH
BETUL

SALAH
BETUL

acapkali

ada pun

adakala

andai pun

andaikata

apa kala

apa tah

atau pun

Aidil-fitri

aturcara

ambilalih

barang kali

begitupun

belumpun

biar pun

baikpulih

bandaraya

cendera mata

cahayamata

campurtangan

empatbelas

gambarajah

gantirugi

garispanduan

gunatanah

hakmilik

hapuskira

ibubapa

ibupejabat

ibusawat

isipadu

inipun

janakuasa

jasabaik

jawatan kuasa

jiwa-mu

jualbeli

kawalselia

kadang kala

kemaskini

kerapkali

keretapi

kerja sama

kerjatanah

kertaskerja

kuatkuasa

acap kali

adapun

ada kala

andaipun

andai kata

apakala

apatah

ataupun

Aidilfitri

atur cara

ambil alih

barangkali

begitu pun

belum pun

biarpun

baik pulih

bandar raya

cenderamata

cahaya mata

campur tangan

empat belas

gambar rajah

ganti rugi

garis panduan

guna tanah

hak milik

hapus kira

ibu bapa

ibu pejabat

ibu sawat

isi padu

ini pun

jana kuasa

jasa baik

jawatankuasa

jiwamu

jual beli

kawal selia

kadangkala

kemas kini

kerap kali

kereta api

kerjasama

kerja tanah

kertas kerja

kuat kuasa

lalulintas

latarbelakang

lebuhraya

lagi pun

mana pun

mana kala

merekapun

meski pun

olah raga

papantanda

penguatkuasa

pengubahmilik

pilihanraya

pasaraya

rekabentuk

rekabina

ruangniaga

samada

sebutharga

sediada

segitiga

sekaligus

senireka

suratcara

suratkhabar

susunatur

susutnilai

sediakala

selangseli

seringkali

sesungguh-nya

siapa-tah

sudahpun

sungguh pun

temubual

temuduga

tengahari

tuanpunya

tukarsyarat

telahpun

ulangtahun

urusetia

usahasama

walau pun

walaubagaimanapun

lalu lintas

latar belakang

lebuh raya

lagipun

manapun

manakala

mereka pun

meskipun

olahraga

papan tanda

penguat kuasa

pengubah milik

pilihan raya

pasar raya

reka bentuk

reka bina

ruang niaga

sama ada

sebut harga

sedia ada

segi tiga

sekali gus

seni reka

surat cara

surat khabar

susun atur

susut nilai

sedia kala

selang seli

sering kali

sesungguhnya

siapatah

sudah pun

sungguhpun

temu bual

temu duga

tengah hari

tuan punya

tukar syarat

telah pun

ulang tahun

urus setia

usaha sama

walaupun

walau  bagaimanapun


KESILAPAN EJAAN (KATA PINJAMAN)

Imbuhan Pinjaman

-          imbuhan yang dipinjam daripada imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab, dan imbuhan Inggeris.

-          boleh diterima pakai sebagai imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu baku.

Contoh imbuhan pinjaman:

Imbuhan Inggeris:

Awalan

Imbuhan

Makna

Contoh

anti-

menentang / benci

antidadah

antikomunis

anti-Amerika

auto-

dengan sendiri

automatik

autonomi

automobil

poli-

banyak

poligami

poliklinik

politeknik

pro-

menyokong / menyebelahi

prokerajaan

probarat

pro-Malaysia

sub-

sebahagian daripada

subtajuk

subbidang

subsistem

supra-

melebihi / merentasi


supranasional

suprakelas

pasca-

selepas

pascakemerdekaan

pascakolonial

pascamajlis

Akhiran

Imbuhan

Makna

Contoh

-is

orang yang melakukan

cerpenis

kartunis

ekonomis

-isme

kepercayaan / ajaran / fahaman seseorang

kapitalisme

komunisme

nasionalisme

-logi

bidang ilmu

antologi

psikologi

morfologi

-grafi

bidang ilmu / bidang seni

geografi

kaligrafi

biografi

*Catatan

-   Jika kata imbuhan pinjaman diimbuhkan dengan kata nama khas, tanda sempang (-)

mesti diletakkan antara imbuhan dengan kata nama khas tersebut. Contoh : pro-Malaysia,

anti-Israel

Imbuhan Sanskrit

Awalan

Imbuhan

Makna

Contoh

dasa-

sepuluh

dasawarsa

dwi-

dua

dwibahasa

dwimusim

dwicara

eka-

satu

ekabahasa

ekafungsi

ekatujuan

juru-

orang yang pakar / mahir dalam sesuatu bidang

juruhebah

jurubahasa

juruterbang

maha-

agung / besar

mahaguru

maharaja

mahasiswa

panca-

lima

pancaragam

pancawarna

pancaindera

pra-

sebelum

prakata

prasangka

prasyarat

tata-

peraturan / sistem

tatabahasa

tatatertib

tatadunia

Akhiran

Imbuhan

Makna

Contoh

-ita

wanita / perempuan

biduanita

posnita

-man

orang yang memiliki sifat / kepakaran dalam sesuatu bidang

seniman

budiman

-wan

orang yang

-          pakar dalam sesuatu

bidang

-          melakukan sesuatu

       perbuatan

-          memiliki sesuatu sifat

-          memiliki sesuatu

jutawan

wartawan

jelitawan

ilmuwan

angkasawan

-wati

wanita yang mahir dalam sesuatu bidang pekerjaan

peragawati

seniwati

angkasawati

*catatan

-    -wan [diimbuhkan dengan kata dasar yang berakhir dengan huruf-huruf lain]

-    -man [diimbuhkan dengan kata dasar yang berakhir dengan huruf ‘i’]

Imbuhan Arab –Parsi

Awalan

Imbuhan

Makna

Contoh

bi-

tidak

biadab

bilazim

binormal

Akhiran

Imbuhan

Makna

Contoh

-ah

orang perempuan / wanita

ustazah

qariah

-at

orang perempuan / wanita

muslimat

hadirat

-iah

hal yang ada perkaitan dengan sifat

ilmiah

jasmaniah

alamiah

-in

orang lelaki

hadirin

muslimin

musyrikin



Kesalahan tatabahasa yang sering dilakukan pelajar semasa mengarang, baik dalam binaan ayat, mahupun binaan frasa:-
Salah
Betul

Ada berbagai barang di kedai itu.

- Ada berbagai-bagai barang di

  kedai itu.

- Ada pelbagai barang di kedai

  itu.

Ali dihadiahkan sebuah buku harian.

Ali dihadiahi sebuah buku harian.

Di antara mereka yang hadir.

Antara mereka yang hadir.

Tambak Johor terletak antara Johor Bahru dengan Singapura.

Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.

Banyak perbezaan di antara bilik Ali dengan bilik Kasim.

Banyak perbezaan antara bilik Ali dengan bilik Kasim.

Bangunan itu adalah Daya Bumi.

Bangunan itu Daya Bumi.

Banyak orang datang.

Banyak orang yang datang.

Berbincang masalah.

Berbincang tentang masalah itu.

Berdasarkan kepada perkara itu.

Berdasarkan perkara itu.

Bergantung kepada.

Bergantung pada.

Berhubung itu.

Berhubung dengan itu.

Berkait itu.

Berkait dengan itu.

Berkaitan itu.

Berkaitan dengan itu.

Bersama.

Bersama-sama.

Beda.

Beza.

Bola itu Ali tendang.

Bola itu ditendang (oleh) Ali.

- Bola itu ditendang oleh saya.

- Bola itu saya menendang.

Bola itu saya tendang.

Buku itu dihadiahi kepada Ahmad.

Buku itu dihadiahkan kepada Ahmad.

Buku itu dia hantar ke perpustakaan.

Buku itu dihantar ke perpustakaan.

Buku itu dimasukkan dalam laci.

Buku itu dimasukkan di dalam laci.

Buku itu disimpan dalam laci.

Buku itu disimpan di dalam laci.

Di dalam hal itu.

Dalam hal itu.

Di dalam peperiksaan itu.

Dalam peperiksaan itu.

Dari Kedah hingga Sabah.

Dari Kedah ke Sabah.

Dari masa ke semasa.

Dari masa ke masa.

Dari semasa ke masa.

Dari semasa ke semasa.

Daripada segi.

Dari segi.

Dato’ Sri.

Dato’ Seri.

Datuk Sri.

Datuk Seri.

Dengan lain perkataan.

Dengan perkataan lain.

Dalam bilik itu.

Di dalam bilik itu.

Dia belajar dari pengalaman.

Dia belajar daripada pengalaman.

Dia datang bila dipanggil.

Dia datang apabila dipanggil.

- Dia memandang pada saya.

- Dia memandang kepada saya.

Dia memandang saya.

Dia berikan anaknya pelajaran.

Dia memberi anaknya pelajaran.

Dia berikan saya sebuah buku.

Dia memberi saya sebuah buku.

Dia memberi buku kepada saya.

Dia memberikan buku kepada saya.

Dia memberi pelajaran kepada anaknya.

Dia memberi anaknya pelajaran.

Dia mempelajari daripada pengalamannya.

Dia mempelajari perkara itu daripada pengalamannya.

Dia memperisterikan Aminah.

Dia memperisteri Aminah.

Dia memperisteri anaknya dengan anak guru besar.

Dia memperisterikan anaknya dengan anak guru besar.

Dia menaiki bendera.

Dia menaikkan bendera.

Dia menceburkan diri di bidang perniagaan.

Dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Dia mengambil apa sahaja.

Dia mengambil apa-apa sahaja.

Dia menolehkan pandangannya kepada saya.

Dia menolehkan pandangannya pada saya

Dibincangkan di dalam mesyuarat itu.

Dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Dia merindukan anaknya.

Dia merindui anaknya.

Jangan memijak rumput.

Jangan pijak rumput.

Jauhilah daripada dadah.

Jauhilah dadah.

Berkesanan.

Keberkesanan.

Kedua belah pihak.

Kedua-dua belah pihak.

Kepimpinan.

Kepemimpinan.

Kereta itu melalui di jalan besar.

Kereta itu melalui jalan besar.

Letaklah di mana yang sesuai.

Letaklah di mana-mana yang sesuai.

Letaknya antara Kuala Lumpur dengan Kajang.

Letaknya di antara Kuala Lumpur dengan Kajang.

Maksudnya yang asalnya.

Maksudnya yang asal.

Melawat ke Eropah.

Melawat Eropah.

Melihat kepada/pada keindahannya.

Melihat keindahan.

Membincangkan tentang perkara itu.

Membincangkan perkara itu.

Menduduki di tempat kedua.

Menduduki tempat kedua.

Beg itu mengandung.

Beg itu mengandungi.

Mensiakan tanggungjawab.

Mensia-siakan tanggungjawab.

Mengunjungi ke Eropah.

Mengunjungi Eropah.

Mereka memberitahukan saya perkara itu.

Mereka memberitahu saya perkara itu.

Mereka memberitahu perkara itu kepada saya.

Mereka memberitahukan perkara itu kepada saya.

Mereka-mereka.

Mereka.

Oleh kerana itu.

Oleh sebab itu.

Merujuk kepada surat tuan

Merujuk surat tuan

Di masa

Pada masa

Pada pendapatan saya

Pada pendapat saya

Pada satu hari (bilangan)

Pada suatu hari (tak tentu harinya)

Para wartawan-wartawan/ para-para wartawan

Para wartawan

Pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri

Pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri.

Pergilah ke mana pun

Pergilah kemana-mana pun.

Perkara itu ialah benar

Perkara itu adalah benar

Pilihlah mana yang sesuai

Pilihlah mana-mana yang sesuai

Ramai orang datang

Ramai orang yang datang

- Sebahagian wangnya didermakan

- Sebahagian dari wangnya didermakan.

Sebahagian daripada wangnya didermakan

Sehubungan itu

Sehubungan dengan itu

Selain dari/ daripada itu

Selain itu 

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya

Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya

Semoga rohnya dicucurkan rahmat.

Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Seperti yang kita telah katakan.

Seperti yang telah kita katakan.

Sri.

Seri (cahaya)

Mengunjungi ke Eropah.

Mengunjungi Eropah.

Mereka memberitahukan saya perkara itu.

Mereka memberitahu saya perkara itu.

Mereka memberitahu perkara itu kepada saya.

Mereka memberitahukan perkara itu kepada saya.

Mereka-mereka.

Mereka.

Oleh kerana itu.

Oleh sebab itu.

Merujuk kepada surat tuan

Merujuk surat tuan

Di masa

Pada masa

Pada pendapatan saya

Pada pendapat saya

Pada satu hari (bilangan)

Pada suatu hari (tak tentu harinya)

Para wartawan-wartawan/ para-para wartawan

Para wartawan

Pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri

Pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri.

Pergilah ke mana pun

Pergilah kemana-mana pun.

Perkara itu ialah benar

Perkara itu adalah benar

Pilihlah mana yang sesuai

Pilihlah mana-mana yang sesuai

Ramai orang datang

Ramai orang yang datang

- Sebahagian wangnya didermakan

- Sebahagian dari wangnya didermakan.

Sebahagian daripada wangnya didermakan

Sehubungan itu

Sehubungan dengan itu

Selain dari/ daripada itu

Selain itu 

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya

Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya

Semoga rohnya dicucurkan rahmat.

Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Seperti yang kita telah katakan.

Seperti yang telah kita katakan.

Sri.

Seri (cahaya)


10 kesalahan tatabahasa dalam SPM yang popular

1. Kesalahan penggunaan kata sendi nama
(a) dari / daripada
(b) pada / kepada
(c) di / pada
(d) di dalam / dalam
(e) di antara / antara


2. Kelewahan bahasa
(a) ... demi untuk*...
(b) .... oleh kerana*...
(c) .... sejak dari*....
(e) .... jika sekiranya* ....
(f) .... banyak murid-murid*.....
(g) .... saling bantu-membantu*.....


3. Kesalahan kata hubung
(a) penggunaan "yang" dan "bahawa"
(b) penggunaan "kerana" dan "sebab"
(c) penggunaan "dan" dan "atau"


4. Kesalahan kata bilangan
(a) satu setengah jam*
(b) dua suku tahun*
(c) ketiga-tiga murid*
(d) kedua ibu bapa*
(e) setengah-tengah penduduk*


5. Kesalahan kata penguat
(a) sangat bijak-bijak*
(b) terbijak sekali*
(c) paling terbijak*
(d) teramat bijak sekali*


6. Kesalahan Hukum DM
(a) temu janji*
(b) kaji uji*
(c) mini bas*
(d) sawat ibu*


7. Kesalahan frasa kerja pasif
(a) ... dibaca oleh saya*
(b) ....diambil oleh kamu*
(c).... mereka baca*
(d) .... kami telah baca*
(e) .... telah diambil oleh kami*


8. Kesalahan perimbangan kata
(a) ...dari masa ke semasa
(b) ...dari sehari ke hari
(c) ...ke kiri dan kanan
(d) ... dari bulan ke sebulan


9. Kesalahan kata pemeri
(a) .... ialah untuk*....
(b) .... ialah merah*....
(c) .... adalah membaca*...
(d) .... adalah pengetua*....
(e) .... adalah Ali*...


10. Kesalahan frasa
(a) .... memasuki ke dewan*


Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING